Kami sedia mendengar.
Portal Psikologi
Portal psikologi adalah merupakan aplikasi secara atas talian yang lebih interaktif bagi menyampaikan maklumat yang lebihcepat, berkesan dan efektif. Ia juga adalah selari dengan perkembangan teknologi yang memerlukan maklumat dihujung jari dalam memenuhi ekspektasi perkhidmatan psikologi secara menyeluruh.
Institut Latihan Perindustrian
Pegawai Psikologi



Perkhidmatan Kaunseling
Kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan persekitarannya. Pegawai Psikologi cuba mendengar, memberi layanan yang baik dan memahami isu yang dihadapi klien. Manakala klien memperihalkan isu, memahami dan mengambil tindakan mengurus isu yang dihadapi. Pegawai Psikologi menerima dan menghormati klien serta membina hubungan kemanusiaan yang positif.
Kaunseling bukan nasihat. Pegawai Psikologi tidak akan memberi jawapan secara langsung terhadap semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk Pegawai Psikologi tidak semestinya baik kepada klien. Keistimewaan perkhidmatan kaunseling adalah membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi.
Kaunseling memegang prinsip kerahsiaan. Ini bermakna segala rekod dan urusan surat-menyurat yang berkaitan dengan perkhidmatan kaunseling adalah RAHSIA dan SULIT mengikut Peraturan Kaunselor (Kelakuan dan Tatatertib) 1999 dan Akta Kaunselor 1998.